Padah 'main' dengan suami orang
(Video) Padah 'main' dengan suami orang
Perasaan
curiga seorang isteri membawa kepada penemuan suaminya sedang berasmara
dengan kekasih gelapnya di sebuah rumah flat kecik. Kekasih gelap
suaminya kemudian diheret ke jalan dalam keadaan tanpa seurat benang.
Perasaan curiga isteri? Jangan main2 oo.. Naluri mereka 99% tepat.
SICHUAN,
CHINA - Rasa curiga terhadap suami yang kerap menghilangkan diri selama
beberapa jam setiap minggu tanpa menghubungi isterinya mendorong wanita
itu mengambil inisiatif untuk menyiasat gerak geri suaminya, lapor
Mirror.
Si
isteri meminta ibu dan ibu saudaranya mengekori lelaki itu yang dilihat
pergi ke sebuah rumah flat kecil yang menempatkan kekasih gelapnya
selama ini.
Ketiga-tiga
wanita itu kemudian menyerbu masuk kediaman tersebut dan mendapati
lelaki itu sedang berasmara dengan kekasih gelapnya.
Berang
melihat wanita muda itu, si isteri terus mengheret kekasih gelap
suaminya yang hanya memakai baju dalam dan membawa beg tangan ke jalan
raya.
Menurut
individu yang merakam video tersebut, Chichi Chan berkata, "Tiada
seorang pun yang bersimpati dengan dia yang kantoi menjalinkan hubungan
seks dengan suami orang.
"Dia sendiri menerima hukuman itu kerana dia tahu apa yang dia buat itu salah.
"Ini
juga sebagai amaran kepada orang lain agar tidak melakukan perbuatan
seperti ini. Mereka sepatutnya takut dengan kesan dari perbuatan yang
tidak bermoral ini," katanya. - The Reporter
