GEMPAR! CCTV Dalam Hotel Sempat Merakam Perbuatan 3 Lelaki Merogol Wanita!
CCTV Dalam Hotel Sempat Merakam Perbuatan 3 Lelaki Merogol Wanita!

SUBANG
JAYA – Tindakan seorang gadis berusia 15 tahun menerima pelawaan tiga
lelaki untuk bersiar-siar mengundang padah apabila dia dirogol secara
bergilir-gilir di sebuah hotel di sini, baru-baru ini.
Dalam
kejadian kira-kira jam 10.30 malam, mangsa dikatakan duduk di tingkat
bawah sebuah pangsapuri di Petaling Jaya sebelum didatangi tiga lelaki
termasuk satu pasangan kembar.
Sumber
berkata, suspek bersembang selama beberapa jam dengan mangsa sebelum
mengajaknya bersiar-siar menaiki sebuah kereta jenis Myvi.
Mangsa
bersetuju dan dibawa ke sebuah hotel di Subang Jaya kira-kira jam 4.15
pagi, suspek mendaftar masuk dan membawa mangsa ke sebuah bilik.
“Tiba
di bilik, seorang daripada suspek terus membuka baju serta seluar
mangsa, sementara dua rakan suspek menunggu di luar,” katanya.
Setelah selesai, pasangan kembar yang menunggu di luar pula masuk dan merogol mangsa secara bergiir-gilir tanpa belas kasihan.
“Kesemua
mereka tidak mempedulikan jeritan mangsa, disebabkan tidak bermaya
mangsa tidak mampu melawan perbuatan suspek terhadapnya,” kata sumber
itu.
Mangsa
kemudian membuat laporan di Balai Polis Subang Jaya, polis berjaya
memberkas ketiga-tiga suspek untuk tindakan selanjutnya.
Ketua
Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli ketika
dihubungi Sinar Harian memberitahu pihaknya ada menerima laporan
daripada mangsa.
Tangkapan dibuat terhadap ketiga-tiga suspek namun selepas beberapa hari, mangsa menarik balik laporan dibuat. -Sinar Harian
